PENGENALAN

Kem Penghayatan Islam diwujudkan atas kesedaran yang tinggi terhadap pembangunan modal insan yang kamil dan melahirkan generasi Al-Quran. Pentingnya golongan-golongan seperti ini memikirkan akan sejauh mana penghayatan masyarakat terhadap Islam. Bukan hanya sekadar Islam di kad pengenalan namun haruslah dihayati dan diamati akan sebuah agama yang satu-satunya cara hidup yang lengkap. Merangkumi segala aspek kehidupan. Kami pihak KPI merasakan bertanggungjawab dalam melaksanakan program-program yang boleh mendekatkan lagi diri kepada Maha Pencipta dan sekali merasakan keizzahan diri menjadi seorang muslim. 

Kepelbagaian mendidik generasi muda dalam penghayatan Islam menjadi satu kewajiban kepada ibu bapa dan juga masyarakat. Generasi muda perlu diterapkan nilai-nilai islamiyah di dalam diri mereka. Terutamanya asas-asas fardu ain dan pembacaan Al-Quran. Ibu bapa memainkan peranan  yang besar dalam merancang sesuatu aktiviti yang menarik terhadap anak-anak ketika cuti sekolah. Masa lapang mereka tidak wajar diisi dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Kem Penghayatan Islam (KPI) yang dikelolakan oleh Ustaz Musa  bin Baharuddin telah berjaya membentuk satu modul bagi melahirkan insan yang berjaya dunia dan akhirat, InsyaAllah. Bermotokan pemacu pengislahan jiwa insani,  kami menyediakan pelbagai program dan aktiviti menarik bagi kanak-kanak berusia 7 tahun hingga 15 tahun. Fasilatator-fasilatator yang terlatih dan berkaliber turut menjadi sebahagian aset penting dalam KPI. 


Aktiviti
  • Asas-asas Fardu Ain
  • Bacaan Al-Quran
  • Akhlak Islamiyyah
  • Perkhemahan (Mukhayyam)
  • Jungle Tracking
  • Team Building
  • Muhasabah
Tempat
  • Masjid Sekitar Hulu Langat
  • Kem-kem Sekitar Hulu Langat
Penyertaan 
  • 7-15 Tahun
Masa 
  • Cuti Semester Sekolah
Hubungi
  • Ustaz Musa bin Baharuddin (013-3283482)



No comments:

Post a Comment